Pages

Wednesday, September 29, 2010

Antara realiti dan rok n' rol

Sesuatu yang aku bayangkan ada persinggahan dalam hidup aku yang entah apa-apa ini, dan impian anak muda yang bermula minat pada sesuatu yang mempunyai rentak sendiri "nak tak nak aku punya pasal la" mungkin keterlaluan tetapi itulah hidup aku. Di luar sana ada ramai orang yang minatnya tidak sama dengan aku. Jadi apa kaitannya dengan "Antara realiti dan rok n' rol" ini desus hati aku. Ah...peduli saja kata orang, jiwa aku mungkin begini tetapi rasa hormat dan budaya timur aku masih lagi aku praktikkan kepada semua orang, hanya jiwa aku yang begini, nak buat macam mana?. Mungkin musik terlampau mempengaruhi aku, tetapi mungkin juga elemen-elemen yang dikatakan "ngam" dengan aku yang membuatkan adrenalin aku semakin kencang bila mendengar sesuatu yang mampu aku menghentakkan kaki setempat perlahan yang selalunya disoal oleh teman aku "Eh, hang layan ka lagu ni?". MUNGKIN, jawab aku sambil tersengeh. Mungkin jika anda, dan anda, dan mungkin juga anda disitu masih lagi memikirkan sesuatu yang aku menulis ini adalah dari jiwa aku, si penulis, YA, jawapan muktamad aku. Realiti dan rok n' rol adalah bahasa penegas bagi aku bahawa ya, aku suka mendengarnya.

No comments:

Post a Comment